CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 29, 2011

:: SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!! ::



Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula
HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPAPOLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)


Di bawah ini adalah gambar yang dipertaruhkan saya :


Senyuman saya paling ceria sebab saya tengah beronok-ronok bersama sepupu & adik saya di Muzium Negara, sambil dapat info sambil kami teruja dapat kamera... :-)

dan berikut adalah rakan2 yang saya tag:






Saturday, May 28, 2011

:: JOM JOIN CONTEST ::


Hai uollssss....gud morning..dh srpn sume ke?arini pekena roti canai pas gi beli belah kat mydin selayang...tak syiokk aaa...tak mcm mydin kotaraya pn..tak pi dah pasnie..hehehe...

Hari Ahad nie,mesti korang lapang gila kn..Lagi2 di musim cuti sekolah nie,mesti byk jemputan kawin kan..Apa kata,korang join contest dari blog ni, Citarasa Anggun

Nama contestnya, AKU & PENGANTIN...haaa..kena le pulak dgn musim org kawin sekarang nie.. tak rugi babe...hadiah berupa wang tunai lagi..ce korang klik kat link di atas ye...

Mcm contoh kan..

(aku & pengapit yg setia,hehehhe...)

Gamba2 yg kreatif, yele,gmba seronok2 dgn pengantin,pastu,boleh tag kwn2..join contest..senang sj maaaa...ce try dlu..mmg hadiah best nya...

JOM AAAAArrr rmai2....

Friday, May 27, 2011

:: CUTI SEKOLAH & KENDURI KAHWIN ::


Dah bermula cuti penggal sekolah bermakna bermulanya musim mengawan..hehehhe... Jemputan kwn2 kahwin,buat masa ini,mmg tak ada..mungkin kwn2 aku nak enjoy lagi kot..Aku ambik kesempatan,nak interprem gambo kahwin aku nie..tak de le seglamer pasangan yg berkahwin masa ni,tapi mmg cukup bagi kenangan terindah dalam hidup aku.hehehe..

Masa ini,tahun 2009,mmg aku sibuk menguruskan persiapan perkahwinan aku.Sibuk fikir sana sini merancang yang terbaik utk perkahwinan seumur hidup bersama suami tersayang,MOHD PAIRUZ AZAHAR.

( hehehe..mengimbau kenangan lama daaa...)


( ayg sarung cincin, abg pakaikan gelang )


Dgn hantaran aku tempah di kedai,utk 7 dulang ke aku buat,tak ingat aku,tapi dalam rm300 400 gak le. Set pelamin,make up,mmg sepenuhnya aku yg bayar.Bab makan2 utk tetamu & rombongan sebelah, khemah2, abah & mak yg handle.Bunga telur,along sponsor.Goodies utk tetamu,makcik2 aku sponsor.Memang aku agak jimat lah masa tue sbb ada sponsorship..heheh..


Sedar tak sedar,dah hampir 2 tahun usia perkahwinan kami.Walaupun belum dikurniakan zuriat,Allah Maha Adil & Mengetahui,Dia kurniakan aku ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009, even aku kerja tak sampai 3 tahun, rezeki daripada bisnes aku dgn Cik Ross & the most important, aku BAHAGIA bersama suami...




Thursday, May 19, 2011

:: BILA KAWAN MENJADI LAWAN ::


Hehehe...kenyang slps berjaya menghabiskan puasa ganti hari ni..yeaaahhh...raya dah le !!!!!

Korang pernah alami situasi mcm ni tak? BILA KAWAN JADI LAWAN.msti pernah kn,sama ada disedari or tak sedar. What a life without friends.


Persahabatan ini indah, seronok bila dikelilingi kawan2 & menjadi kawan yg paling best kpd kwn kita..tak susah sbnr nye dlm bersahabat ni. antara boleh atau tak je..tapi serius kan,sakit putus kawan ni,lagi sakit dari putus bercinta. aku pun pernah mengalaminya dgn kwn2 baik aku 1 masa dulu..tapi sekarang,semua yg terjadi,aku jadikan pengajaran dalam mencari & memilih kwn.Lumrah berkawan kan,ada masa suka & ada masa duka & of coz more complicated dari si cinta hati..:-)

Aku perlukan KAWAN,walau di mana juga dia berada. Jauh atau dekat, semuanya aku kenang.

Wednesday, May 18, 2011

:: ANAK ADALAH REZEKI, TAPI.... ::



Hujan lebat malam ni..Esok dh hari Khamis. Jumaat & Sabtu ada byk plan dgn suami tersayang. Asyik bz ke ofis jek,aku nk gak masa besama2 abg di ujg mggu..

Topik mlm ini....ANAK ADALAH REZEKI....

tapi,nape ye,sesetengah daripada manusia di muka bumi Allah ni, maseh yg tak nk ANAK? bagi aku, anak ni lah penyumbang kebahagiaan dalam rumahtangga. aku masih menanti2 saat aku mendakap anak aku sendiri. entah bila akan menjadi kenyataan.

Bukan aku cakap Allah tidak adil, tak pernah sama sekali terlintas di kepala aku ni.tapi kan, kenapa yg beria2 sgt nk anak ni,Allah uji dgn sgt dasyat,smpai kadang2,aku tak boleh terima semua itu. kenapa ada yg mudah sgt dapat anak ni, lempar sana sini. ada yg lg jht perangai nya dari aku, mudahnya org tu hamil. Ada yg memberi layanan buruk kpd mak or ayah dia, mudahnya dia peroleh zuriat. Ada yg dh jadi IBU pun, yg suka mencuri, yg suka tabur fitnah pada org lain, yg memburuk2 kan org lain utk kepentingan diri sendri, senang pulak dia hamil..Apa sebenarnya ni ye?????

Aku seringkali tertanya2 tentang itu.. Tapi,aku tahu, Allah lagi Maha Mengetahui kebenaran hikmah di sebalik ujian dari Nya ini.. Apa yg perlu aku lakukan, usaha & berdoa. Insyaallah, aku akan merasai suatu hari kelak, anak memanggil aku MAMA....Amin...

Monday, May 16, 2011

:: SUSAH SANGAT NAK FAHAM KE? ::


Hai...aku terpanggil nak update blog aku malam nie..Memandangkan satu hal mcm dh jadi besar gile yg membuatkan aku SAKIT HATI sgt2 nye..Aku pn pkir,nk tulis blog le..nak luahkan perasaan aku nie..




Korang mesti ada BFF kn?kwn baik or kwn yg boleh memahami situasi kita? aku ada cerita nk kongsi sama...

Ok..1 hal..korang syg tak ngn kwn2 korang?aku syg sgt...lagi2 dgn BFF aku,NOOR AZWA ABDUL SAMAD..dia lah sahabat baik aku dari dulu smpai aku kawin nie..even aku sibuk & pastinya dah kwin ni,aku jarang jumpa dia..tapi kami still keep in touch via fb,sms le..kdg2 through fon..pe ssh,kmdhn semuanya dh ada skang nie..antara nak or tak jek.. 1 perkara aku salute sgt ngn WAWA, dia lah antara kwn2 aku yg paling memahami aku. thanx babe,aku owed so much ngn ko..beruntung aku dpt kwn mcm ko..(nnt aku still tuntut my nandos)

Aku dah berumur 29 tahun pn.aku tak ske nk carik gado dgn sesape pn dlm dunia ni..aku nk hidup aman damai & nak buang stress aku yg selalu aku dpt dulu,nunnnnnn...jauh gile aku nk buang nye..sekarang,even aku ada byk keje,aku tak stress malah ada smgt nk setelkn semuanya on time.aku paham mcm ne rupanya org sibuk dgn kerja..aku melaluinya & semua org melaluinya..

Sebagai seorg kwn,apa salahnya kita sokong & memahami kwn kita. faham dgn kerja dia,faham dgn urusan rumahtgga dia (kalo dia dh kwin or dh ada anak), faham dgn mslh dia..cubalah utk belajar kalo susah nk memahami..Kita dah masing2 dewasa & ada akal fikiran yg waras yg membolehkan kita buat keptsn dgn wajar..SUSAH sgt ke?

Aku paling tak boleh terima kena tuduh bukan2..cuba naik ke tempat aku, buat kerja aku mcm mane..nak tgk korg akan jadi mcm aku ke tak..Kalo aku lupa kwn,aku takkan msg ajak pergi JALAN TAR..tu kalo aku lupa kwn..mcm ne kalo DIA lupa kwn..pegi berjalan ke shoping complex tanpa ajak aku,aku tak kesah pn..it is your life..go ahead..get some entertainments..aku tak heran lgsg..aku sikit pn tak...try to understand n make your life full with happiness even without me..



Saturday, May 14, 2011

:: APA PERASAAN KENA TUDUH ::


yeeeehhhaaaa....haloooo..bertemu di pg ari AHAD. bru arini boleh menaip di blog ni..sbb last few days,tak paham dgn blogger ni tak boleh beroperasi lak..

Ok..tajuk ari ini ialah APA PERASAAN KENA TUDUH?haaa...mcm menarik kn..kalo aku,aku bukan nk tuduh2 tanpa periksa..tp kadang2,org ckp,kalo kite serkap jarang, mengena jugak kn..hehehe...:-)



(muka bengang gile sbb org tuduh2 benda tak betul kn)


Apa perasaan korg kena tuduh ye?baik dr kwn sendiri ke, pasangan kite ke, orang2 sekeliling kita ke..haaa..sure sadis & sakit hati kan..
Apatah lagi bila kena bukan2 dgn kwn yg kite percaya kn? aissshhh...tak phm le..kalo aku le, ikutkan hati ni nak je aku seligi kepala org yg tuduh aku tue...tp aku ni waras lagi..ingt gak yg org tue,ada mak bpk,ada somi,ada anak...kesian lak kang kn...

So,mgkn org tu ada baca ke blog aku nie,hope amik le iktibar ye...bukannye nk mengabaikan kwn2 sndri,tp aku ada alasan kenapa aku buat mcm tue....


Tuesday, May 10, 2011

:: BEZA SUKA & CINTA ::



Cinta yang sebenar adalah ketika kamu menitiskan air mata & masih peduli tentangnya, adalah ketika dia tidak mempedulikan kamu & masih menunggunya dengan setia. Adalah ketika dia mula mencintai orang lain & kamu masih boleh tersenyum sambil berkata 'Aku turut berbahagia untukmu '

Aku pinjam artikel tentang BEZA SUKA & CINTA ni dari hasil yg aku search kat google..hope boleh kongsi sama2..

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


Friday, May 6, 2011

:: SELAMAT HARI IBU ::



Selamat Hari Ibu khas utk mak tersayang Pn Hjh Fatimah binti Omar..I love u,mak....


Terima kasih mak sbb melahirkan,menjaga & mendidik angah sampai sekarang..walaupun kurang berjaya...hahahaha...(disebabkan sikap malas diri sendiri,ahaks...)

Sama-samalah kite menyayangi & menikmati saat-saat bersama mak kita..Walaupun aku jauh, ikutkan dalam seminggu mesti 3 4 kali telefon mak..huhuuh..Misz my mak so much..

Mak & Abah,nnt angah pasti belanja mak abah lagi ye..angah akan pastikan APC kali ke 2..yeahhhh.....




Thursday, May 5, 2011

:: JLN TAR vs HARI JUMAAT ::





Halloooo... hari Jumaat..Penghulu segala hari... tp hari ni lah yg paling best sbb nye:-

i) waktu rehat yg panjang, 12.15pm-2.45pm (bg kakitgn kerajaan)..mgkn ada sesetengah agensi swasta mengaplikasikan waktu rehat sebegini

ii) waktu rehat yg panjang, boleh pergi menghabiskan duit di JALAN TAR..wowow...seronok kan

tp bagi aku, lebih suka melawat JALAN TAR ni, pada hari Sabtu.. selalunya pn sebab aku ambil stok dari kedai-kedai yg dah biasa aku pergi. Sekadar suka-suka, mungkin taklah kot. Penuh dgn orang & pasar malam pulak tu.

Aku ada kawan..nama dia Yana & Zura..suka sgt pergi sana..heheh..jgn marah ek korg..nnt kak farin belanja aiskrim. tapi budak-budak ni,mmg aku tau ada tujuan yg baik lagi murni..:-)

Korang yg lain macam mana? Suka shopping kat JALAN TAR ke? Ce cite ce cite...


:: MURAH REZEKI ::





Sebelum tido ni,aku nk berdoa,agak aku & suami,sentiasa dimurahkan rezeki & beroleh kesejahteraan dalam hidup kami..

Aku mohon Allah berikan kami, ZURIAT..itu yg paling aku ingin sekarang. Apabila aku tgk mereka di sekeliling aku, ada anak, bercakap ttg anak, bergamba bersama anak, tersentuh naluri keibuan (ada ke,sbb aku ni mmg garang) aku nie..Moga satu hari nnt,Allah makbulkan doa kami.

Aku mohon Allah berikan kami,rezeki lebih utk memiliki RUMAH idaman kami. Tak kisah macam mana sekalipun rumah itu, janji ia dapat berikan kami keselesaaan,keharmonian & kesejahteraan dalam hidup berumahtangga. Abah mak,adik beradik ipar nak datang pn,aku tak langsung tak ada segan silu.

Aku mohon Allah berikan kami,KESIHATAN yg baik (walaupun agak mls utk pergi berjoging) & dijauhkan kami dari penyakit yg merbahaya.

Sekali lagi,aku mohon Allah, PANJANGKAN USIA abah mak kerana aku belum puas membalas budi mereka membesarkan aku,memberi didikan kpd aku (walaupun aku mmg mls belajar dlu), & sehingga kini, merekalah sumber inspirasi & tempat aku meluahkan perasaan serta masih lagi menjadi guru menerangi dunia aku yg kelam. Angah SAYANG abah & mak.

Untuk adik beradik yg aku sayangi,ALONG, ZAFRUL, ADIK & sepupu yg rapat dgn aku, NANA, semoga semua kebahagiaan milik korang semua & sudi2 kan berkongsi dgn ANGAH.

Ya Allah, moga Kau makbulkan segala permintaan aku ini...AMIN......

Wednesday, May 4, 2011

:: GUNTING DALAM LIPATAN ::



Dalam mengenali erti kehidupan ini, sudah pasti bertemu dgn individu yg menyerupai perumpamaan di atas...GUNTING DALAM LIPATAN..baik dari kwsn pendalaman (selalu tgk cerita Melayu dlm TV le kn), di bandar2 besar & tak kurang juga di dalam pejabat kita sendiri.

Di dalam sesuatu organisasi, musuh spt ini yg harus kita berhati2. Individu spt ini sgt hebat peranannya..bayangkan GUNTING, benda yg sgt tajam, bahaya bukan..di dalam lipatan pulak tue.. yg bijak melaksanakan misi jahatnya tanpa pengetahuan org. haaa...tak ke itu yg boleh menjejaskan organisasi kita???

Bagaimana pula kalau individu 'gunting' ini, telah berjaya menggunting BOS kita...?? mana pula letaknya kredibiliti BOS kita pd tahap ini? 'Gunting' ini tidak mempedulikan sekelilingya demi mengaut keuntungan diri sendiri & tidak kisah melihat orang lain jatuh walaupun sahabat sendiri..

Haaaa...sy sudah pn jumpa seekor 'gunting' berhampiran sy...Anda bagaimana??






Tuesday, May 3, 2011

:: HUJAN ::


HUJAN..bumi mana yang tak ditimpa hujan..menarik bukan..di Kuala Lumpur shj,di pagi yg sunyi, hanya terdengar desir kereta yang menderu ke tujuan mereka..aku bangun,jam 5 am,menyiapkan bekal utk dibawa ke pejabat makan bersama abg..Hujan begitu lebat seakan-akan menyeru aku utk lena di sebelah abg..:-)
TAPI,rezeki harus dicari,terbayang kerja yg tak pernah sudah di atas meja..

BEGITU juga dgn hati ini..kdg2,bila terasa rindu pd mak & abah,aku berasa pilu & kenangan bersama mereka terlintas di fikiran..laju sj air mata mengalir,tanda rindu yg amat sgt.HUJAN di dalam HATI...

Allah berfirman:Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).(surah al-Baqarah-ayat 22)


Monday, May 2, 2011

:: ERTI PERSAHABATAN ::



Kawan@Sahabat@Friend@BFF@Geng..

Semuanya sinonim dgn kehidupan kita seharian.. tanpa insan bergelar SAHABAT, suram kehidupan kita..tapi SAHABAT bagaimana yang kita cari?SAHABAT bagaimana yg ada mengelilingi kita?
Sayang-menyayangi antara kita. Tempat utk meluahkan perasaan yg mungkin sukar dikongsi dgn pasangan atau ibu bapa kita. Segala-galanya sahabat.. Tapi jgn kita menyakiti hati sahabat, jaga tingkah-laku & bicara kita agar tidak tersinggung pd pihak dia.. Sahabat sewajarnya berbuat demikian utk PERSAHABATAN yg berkekalan & harmoni..
Saya petik satu kata-kata istimewa utk sama-sama jadikan pedoman & panduan dalam bersahabat... Selamat semuanya utk sahabat2 saya..

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.