CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 17, 2011

:: MALANG KAH DAPAT ISTERI PEMALAS? ::






Bertemu kita dengan tajuk hari ini.. Update blog di saat orang sedang melepak di rumah, saya pulak harus ada di pejabat..sedih....:-(

Tajuk 'malangkah dapat isteri pemalas'..betul ke?malang ke si suami beristeri kan seseorang yang MALAS? atau berpura-pura rajin bila ada suami saja..contohnya, rajin buat kerja rumah sj..tapi di pejabat, langsung hilang entah ke mana bila orang minta tolong..(saya tak tuju pada sesiapa ye,siapa mkn cili,amik le kau pedasnya..)
( haaa..mcm ni le pemalasnya)

Ramai sgt dah saya jumpa manusia perangai mcm ni. Yang di sekeliling saya pun ada (tak jauh,dkt sgt pn). Bagi korang, malang tak suami tu? Atau si isteri pun bernasib malang punya suami sama perangai dgn dia..

Heheheh...saya ni bukanlah rajin sgt kan..Kalau dah sgt2 penat dgn kerja di ofis, mood nak masak bila sampai ke rumah mmg le tak ada lgsg. Kena tanya suami dulu,bila dia bagi lampu hijau, baru rasa lega.. Tapi sebagai isteri, saya tak sanggup tengok suami saya kelaparan..(isteri mithali ok..)

Inilah ragam manusia. Pelbagai perangai, pelbagai sikap. Apa pun semunya bermula dari niat. Kalau datang kerja semata-mata nak gaji tanpa buat kerja, hanya Allah sj le yg tahu.


Thursday, June 16, 2011

:: BERCINTA LAIN, BERKAHWIN LAIN ::






Selamat pagi Jumaat...semoga memperoleh keberkatan dari Nya.

Topik pagi Jumaat hari ni, tentang bercinta & berkahwin. Masa bercinta, semuanya indah belaka. Kentut busuk pun dikatakan wangi semerbak.. Salah pasangan sendiri dikatanya salah orang lain. Jalan berpimpin tangan, makan suap menyuap. Tengok wayang kepala lentok2 bagai. Haaa... pendek kata serba serbinya comel belaka.

Lain tau dgn berkahwin nie.. Bila tinggal sebumbung ni, macam2 ragam pasangan kita yang boleh kita tengok & nilai. Seorang jalan di belakang, seorang jalan di hadapan. Dah membawa diri masing2... Barulah terserlah kentut yang wangi dulu macam bau telur ayam kemuruk.. :-)


(gambar pinjam)

Tapi alhamdulillah... Kita boleh berkongsi segala-galanya dgn pasangan kita selepas berkahwin. Kasih sayang tak perlu nak tunjuk di khalayak ramai (kadang2 saya nak juga suami pegang tangan saya masa berjalan2..hehee). Bila sakit, ada yang boleh urutkan. Bila rasa nak mengada-ngada, boleh suami suapkan makan. Tapi bagi lelaki lah perkahwinan ni best sebab dah tak payah susah2 nak gosok baju, nak masak.. Semuanya terbela laaaa...

Itulah perkahwinan.. Sedangkan lidah lagi tergigit kan. Harmonikan rumahtangga dengan gurau senda, gelak tawa & zuriat yang soleh...

Peace..

Wednesday, June 15, 2011

:: APABILA JIWA KACAU ::


Assalamualaikum & slmt pagi warga Malaysia.....

Topik,apabila jiwa kacau..Apa akan korang buat bila emosi terganggu? Dalam erti kata lain, bila jiwa ni sedang kacau?

Kalau saya, macam nak terjun bangunan tinggi, lepas tu,naik balik...(boleh selamat ke kalau dah terjun tu)..

( jgn terjun....!!!!)

Sekarang, dalam fikiran rasa agak terganggu. Saya rasa, amat memerlukan 'vacation' yang boleh merangsang balik fikiran kepada mode 'TIDAK TERGANGGU'.. Tapi, bila balik dari percutian pun, saya pasti tak akan ada perubahan..oooo...what should I do???

Saja nak tau,korang ada apa2 solution selain dari pergi holiday nie untuk melegakan otak dgn benda2 yang walau kecil pun boleh mendatangkan serabut?


Sunday, June 12, 2011

:: KENAPA SAYA TAK SUKA HARI ISNIN? ::


Assalamualaikum & selamat pagi.. Hari Isnin, hari yg saya tak suka,ok...korang macam mana,suka tak dengan hari Isnin?

(muka malas nak pergi kerja,ok...)

Bukannya membenci sangat dgn hari Isnin. Cuma kebarangkalian utk pergi kerja tu ada 25% shj.
Antara sebab kenapa saya tak suka dgn Monday:-

a) Kena bangun awl utk siap pergi kerja (hari ni lagi awl sbb kena goreng tempe utk abg bwk ke ofis sbb ada potluck)

b) Rasa mcm hari bekerja saya non-stop sbb hari minggu pun saya bekerja..macam mana tue?

c) Baru reda 2 hari tak dengar bunyi telefon ofis, hari Isnin ni, dah mula balik rutin 5 hari dengar bunyi telefon... (bising ok..)

d) Kena menempuh jem balik kerja nanti sbb dah habis cuti sekolah (even bukan saya yang drive, tapi hati manyak sakit woooo..setiap hari jem )

e) SEBAB UTAMA, kena buat kerja balik..tak sempat nak rehatkan minda dari menghadap angka-angka yang ratus2 nie..berpinor mata (bak kata org Perak)....

Jadinya,cuba korang senaraikan sebab2 malas pergi kerja..nak juga tahu kan..

Friday, June 10, 2011

:: AKU SEDIH ::


Haiihhh...lama tak update blog. Semakin sibuk dgn kerja yg dah melimpah dlm tray..Kena sacrifice kan berblogging nie..So,here I am...kembali..tp dgn hati yg disakiti & AKU MENANGIS...


(bukan air mata aku nie,air mata aku lagi byk td)

Dah lama rasanya air mata ni tak mengalir.Tapi selepas aku solat maghrib,aku betul2 rasa sebak & rasa mcm tak dihargai orang. Susahnya nak menjaga hati orang sampaikan hati sendiri disakiti. Redha?Perlu ke aku selalu bertolak ansur..Aku penat sgt,penat mental,penat fizikal. Aku tak ada sesiapa tempat utk aku mengadu.Aku tak ada sesiapa utk aku berkasih syg.AKU ada AKU..

SEMUANYA SUDAH BERUBAH...AKU YAKIN..

Thursday, June 2, 2011

:: 1st CONTEST (AKU & PENGANTIN)


:: 1st Giveaway From Citarasa Anggun ( Contest Aku dan Pengantin ) ::

Semalam,tiba2 saya dan share partner saya terfikir nak bersedekah ( chewahhh!! ) kepada korang semua.

Kami mahu buat 1st giveaway dan memberi hadiah kepada mereka yang kami pilih sebagai pemenang.

Hadiah yang kami tawarkan adalah...

Pemenang Pertama - Wang benilai RM 35

Pemenang Kedua - Wang bernilai RM 20

Pemenang Ketiga - Wang bernilai RM 10




Mudah saja Contest kami ni..

Korang hanya perlu.......

1 - Jadi FOLLOWER blog Citarasa Anggun ni.

2 - Klik LIKE di page Citarasa Anggun

3 - Buat entri tentang contest "Aku dan Pengantin" ni....

4 - Pastikan korang letak banner contest di entri tersebut.

5 - Tag 5 orang rakan.

6 - Selepas korang dah selesai semua di atas,sila letakkan link entri tersebut ok!!

kalau ada masalah,boleh post di inbox kami di facebook.

< Okay,pe kata,sesiapa yang berminat utk joint, silakan ye...hadiah simple & hope dpt support dari semua... >

Wednesday, June 1, 2011

:: ULANGTAHUN ::


Hehehe...SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ke-2...

6/6/2009-6/6/2011, dah selamat menginjak tahun ke 2 perkahwinan kami..Tetap rasa mcm pengantin baru...ahaksss...Aku sentiasa berdoa agar perkahwinan ini memperoleh zuriat2 yang soleh & solehah & pelbagai rezeki dari Nya...amin..

(hiasan semata-mata)

Orang kata, bila dh berkahwin ni,lagi dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t..seperti firman Allah nie...

Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)


Jadinya, aku akan terus berusaha, berdoa & bertawakal agar Allah menganugerahkan rezeki pada kami suami isteri...

HAPPY ANNIVERSARY ABG..LOVE U SO MUCH..hehehe..


AYG SAYANG ABG...