CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 16, 2011

:: BERCINTA LAIN, BERKAHWIN LAIN ::






Selamat pagi Jumaat...semoga memperoleh keberkatan dari Nya.

Topik pagi Jumaat hari ni, tentang bercinta & berkahwin. Masa bercinta, semuanya indah belaka. Kentut busuk pun dikatakan wangi semerbak.. Salah pasangan sendiri dikatanya salah orang lain. Jalan berpimpin tangan, makan suap menyuap. Tengok wayang kepala lentok2 bagai. Haaa... pendek kata serba serbinya comel belaka.

Lain tau dgn berkahwin nie.. Bila tinggal sebumbung ni, macam2 ragam pasangan kita yang boleh kita tengok & nilai. Seorang jalan di belakang, seorang jalan di hadapan. Dah membawa diri masing2... Barulah terserlah kentut yang wangi dulu macam bau telur ayam kemuruk.. :-)


(gambar pinjam)

Tapi alhamdulillah... Kita boleh berkongsi segala-galanya dgn pasangan kita selepas berkahwin. Kasih sayang tak perlu nak tunjuk di khalayak ramai (kadang2 saya nak juga suami pegang tangan saya masa berjalan2..hehee). Bila sakit, ada yang boleh urutkan. Bila rasa nak mengada-ngada, boleh suami suapkan makan. Tapi bagi lelaki lah perkahwinan ni best sebab dah tak payah susah2 nak gosok baju, nak masak.. Semuanya terbela laaaa...

Itulah perkahwinan.. Sedangkan lidah lagi tergigit kan. Harmonikan rumahtangga dengan gurau senda, gelak tawa & zuriat yang soleh...

Peace..

2 comments:

  1. Wallah angah..
    Dah macam sembang pagi bersama ustazah pulak!
    hehehhehhehe...

    Betul apa yang angah cakap tu,
    bila zaman bercinta..semuanya indah..semuanya wangi..semuanya baik2 belaka.Kalau merajuk atau gaduh2 pun..dipujuk.Cepat2 minta maaf.

    Tapi,bila dah kawin...pandai2 la kau!!Ada aku kesah??!!huhuhuhuhuhuu..

    Tapi,tak semua perkahwinan begitu... :)

    ReplyDelete
  2. hehehe..klas u..tazkirah jumaat kn..amik berkat..
    tu le nana,sume nye indah2 belaka..hope yg indah berpanjangn & dijauhkan yg buruk2 nie..

    ReplyDelete